Thursday, March 13, 2008

Awas provokasi Umno wujudkan ketegangan melalui isu DEB

Awas provokasi Umno wujudkan ketegangan melalui isu DEB
Mohd Sabri Said
Fri | Mar 14, 08 | 10:16:14 am MYT

PULAU PINANG, 14 Mac (Hrkh) - "Rakyat Islam Pulau Pinang jangan terpengaruh dengan provokasi Unmo untuk mengatakan bantahan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB)," saran Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man.

Beliau ketika dihubungi menjelaskan, Umno yang kini menjadi pembangkang sengaja menjadikan isu itu untuk menarik kembali sokongan rakyat khususnya orang melayu untuk membantu mereka menggagalkan apa yang menjadi perancangan kepimpinan baru setelah penolakan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

Sebenarnya apa yang didedahkan oleh Lim Guan Eng tidak lari apa yang diperkatakan oleh Ketua Umum Parti KeAdiLan Rakyat (KeAdiLan), Dato' Seri Anwar Ibrahim bahawa DEB menjadi punca kronisme bukan bermatlamat membantu meningkatkan sosio ekonomi Melayu.

Jelas Ustaz Saleh, tidak dinafikan semasa awal penubuhan DEB diera Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan era Tun Husein Onn ia menjadi sebutan ramai kerana mampu mengubah corak kehidupan masyarakat Melayu tetapi bila di era kepimpinan Tun Dr. Mahathir DEB dilihat menjurus kepada kepuasan diri dan kepentingan kroni.

"Kita tidak menolak pada awal penubuhanya banyak menguntungkan orang Melayu sebaliknya kini banyak juga orang Melayu yang dapat projek tapi kena tanya orang Melayu macam mana," ujarnya.

Harakahdaily mendapat tahu provokasi tersebut akan diadakan esok jam 3.00 petang di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).

Semalam kelihatan ramai Polis Bantuan Persekutuan (FRU) dikejarkan ke beberapa buah balai polis sebagai persediaan kemungkinan akan berlaku ketegangan. - mns

No comments: