Wednesday, March 12, 2008

BN Kalah teruk : Peluang Najib jadi PM, mula dengan bertanding Preiden Umno?

BN Kalah teruk : Peluang Najib jadi PM, mula dengan bertanding Preiden Umno?
Wan Nordin Wan Yaacob
Mon | Mar 10, 08 | 11:35:38 AM

Kekalahan banyak kerusi Parlimen dan Dun, serta kehilangan empat buah negeri ke tangan PAS, KeADILan dan DAP selain gagal merampas Kelantan menyebabkan 'moral' polotik Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi terjejas.

Kemerosotan majoriti undi Abdullah di kepala Bataws (11,246 ) juga menjadi 'teras' kepada kekalahan yang dialami BN kali ini memandangkan pada tahun 2004, BN menang di banyak kerusi dengan majoriti yang agak besar.(Majoriti unid Abdullah pada taun 2004 -18,122)

Namun dicelah kekalahan itu, Timbalan Pengerusi BN, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak pula menang dengan majoriti yang lebih besar, 26464 memperbaiki majorotinya pada tahun 2004 (lebih 22,000).

Kekalahan teruk BN di bawah Abdullah ini banyak memberi tekanan sebenarnya kepada Abdullah tatkala perancangan jentera pilihan raya Umno/BN banyak dikatakan dipengaruhi menantu kesayangannya, Khairy Jamaluddin.

Sikap angkuh Khairy sewaktu berkempen di Kelantan semasa melancarkan program "18 tahun pade doh' sebenarnya memberi impak buruk kepada rakyat Kelantan yang akhirnya geram dengan kebiadapan Khairy itu.

Kelibat Khairy di sana-ini berkempen ala 'samseng' membuatkan rakyat di merata-rata tempat kurang senang, dan ramai yang menaguki kempen BN kali ini nampak terlalu agresif berbanding tahun 2004.

Mungkin kerana tertekan dengan beberapa tawaran yang dibuat PAS "Negara Berkebajikan' dan tawaran penurunan harga minyak oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim menyebabkan Bn memulakan kempen dengan ungkapan keterlaluan.

Media-media massa dipergunakan untuk 'melanyak' pembangkang dengan sekeras mungkin, malah media juga dijadikan sandaran kempen manifesto BN yang diulang hingga ia menjadi iklan yang akan dipaparkan setiap masa.

Namun dalam ghairah kempen media elektronik melanyak Kelantan sebagais atu kubu terakhir pembangkang, mereka terlupa negeri-negeri di bawah BN yang lain terdedah kepada bahaya untuk jatuh kerana pembangkang kini mula bijak berkempen dengan 'personal touch' ke atas pengundi.

Dalam kekalutan Abdullah bersama Khairy berkempen, Najib yang mengintai peluang berkempen dengan cara yang agak biasa dan tidak terlalu agresif meskipun sesekali menyentuh isu penuruan harga minyak.

Mungkin Najib menyimpan satu sterategi supaya tidak dilihat sebagai punca kekalahan Umno/BN kerana beliau juga dikatakan sedang mengintai peluang untuk naik ke tahap yang lebaih baik dalam pencapaiannya.

Pemilihan pucuk tertinggi Umno akan berlangsung pada September ini.Ia mungkinakan menjadi medan kepada para pemimpin Umno yang menang membelasah teruk pemimpin mereka yang kalah.

Mungkin juga persidangan Umno kali ini akan menyaksikan Khairy dan Abdullah akan dilanyak secukup-cukupnya kerana kegagalan kempen mereka menyebabkan Umno/Bn malu besar dalam pilihan raya kali ini.

Najib sudah pastinya mendapat 'kredit' setidak-tidaknya menyimpan hasrat agar dicalonkan oleh mana-mana bahagian untuk bertanding bagi jawatan Presiden Umno, sekaligus mencabar kedudukan Abdullah.

Pemilihan Umno kali ini adalah antara platform terpenting bagi Najib jika beliau bercita-cita untuk duduk dikerusi empuk Abdullah.

Kata-kata bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Abdullah hanya serahkan kepimpinan negara kepada Najib kini mungkin boleh menjadi azimat kepada Najib untuk mengintai keazaman meletakkan dirinya orang nombor satu kerajaan.

Namun kezaman itu perlu bermula daripada pemilihan dalam Umno (kerusi Presiden Umno) yang akan berjalan pada September ini.

Sama-sama kita nantikan detik bersejarah ini.

No comments: