Wednesday, March 12, 2008

Mukhriz Mahathir ketuai himpunan bantah lantikan PM?

Mukhriz Mahathir ketuai himpunan bantah lantikan PM?
Mohd Sabri Said
Mon | Mar 10, 08 | 02:33:17 PM

BUTTERWORTH, 10 Mac (Hrkh) - Tepat jam 3.00 petang hari ini di Hotel Sunway, Seberang Jaya satu sidang akhbar berhubung bantahan perlantikan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri akan diadakan.

Mukhriz Mahathir ketuai himpunan bantah lantikan PM?

Bantahan itu dipercayai diterajui oleh Ahli Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz Mahathir yang cuba menyelamatkan kedudukan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang berada ditahap lemah.

Menurut maklumat ia adalah himpunan Pemuda BN negeri sebelah utara yang menerima tamparan hebat apabila gagal mempertahankan negeri yang sudah lama menjadi milik BN sejak dulu.

Antara negeri yang terlibat ialah Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Ketiga-tiga negeri ditawan oleh Barisan Alternatif (BA) di mana Perak dan Pulau Pinang dikuasai oleh DAP manakala Kedah PAS.

Selepas menerima keputusan yang mengejutkan dalam pilihanraya umum Sabtu lalu, Dato' Mukhriz bersuara agar Perdana Menteri ditukar kerana gagal mengawasi lima negeri sehingga jatuh ketangan pembangkang.

Semalam ribuan masyarakat BN berhimpun di kediamanya di Kuala Lumpur untuk memberikan semangat dan sokongan agar terus menjadi Perdana Menteri untuk penggal ke dua.

Pagi tadi dilaporkan Perdana Menteri mengangkat sumpah di hadapan Duli Yang Maha Seri Paduka Baginda Yang DiPertua Agung, Sultan Mizan Zainol Abidin dan isteri di Istana Negara. - mr

No comments: